Melaka, Cameron dan Penang. Ketiga-tiga lokasi ini mempunyanyi beberapa ciri-ciri yang sama, iaitu ketiga-tiga ini merupakan destinasi pelancongan yang memang sesuai untuk dijadikan destinasi percutian hari keluarga, ketiga-tiga lokasi ini mempunyanyi banyak tarikan pelancongan, ketiga-tiga ini mempunyanyi pelbagai makanan lokal yang sedap dan murah, dan yang terakhir ialah ketiga-tiga destinasi pelancongan ini mempunyanyi penginapan yang sesuai untuk para pelancong penganut Islam!
Melaka, salah satu negeri yang terkecil di Malaysia, tetapi mempunyanyi banyak lokasi yang menarik yang harus dikunjungi oleh para pelancong! Lokasi-lokasi seperti Gereja Kristus, Gereja St Paul, Famosa Portuguese Fort, Taming Sari Revolving Tower, Jonker Street, Little India, Zoo Melaka, Baba and Nyonya Heritage Museum, Taman Tema Mini ASEAN dan lain-lain lagi! Semua lokasi ini bukan sahaja sesuai untuk para pelancong dewasa, tetapi juga sesuai untuk kanak-kanak ataupun pemuda dalam keluarga masing-masing! Sebagai salah satu negeri di Malaysia, sudah tentulah negeri Melaka juga mempunyanyi makanan lokalnya sendiri. Para pelancong yang bercuti di Melaka, haruslah ambil kesempatan ini untuk menikmati keenakan makanan tempatan Melaka! Untuk para pelancong yang memerlukan kemudahan penerbangan, Melaka juga mempunyanyi lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.
Cameron Highlands, destinasi pelancongan di Malaysia yang terkenal dengan tarikan alam semulajadi dan suhunya yang sejuk. Bagi para pelancong yang merupakan pencinta alam semulajadi dan peminat pemandangan indah, inilah destinasi untuk anda dan keluarga anda! Tarikan pelancongan seperti Ladang Strawberry Raju Hill, Lembah Cactus, Lavender Gardens, Boh Plantation dan lain-lain lagi memang sesuai untuk para pelancong peminat alam semulajadi. Manakala bagi yang ingin lebih memahami kebudayaan dan kehidupan penduduk Cameron Highlands, bolehlah menuju ke Terowong Masa Brinchang, Galeri Seni Mah Meri, ataupun pasar malam Cameron Highlands. Di pasar malam Cameron Highlands bukan sahaja dapat mengalami kehidupan dan cara pertuturan penduduk tempatan, tetapi ia juga peluang untuk para pelancong untuk membeli pelbagai makanan lokal yang sedap dan murah di situ!
Penang, merupakan salah satu tapak warisan UNESCO, tentulah ada banyak tarikan kebudayaan dan bangunan bersejarah yang menunggu para pelancong untuk dikunjungi sesama ahli keluarga! City Hall Pulau Penang, Fort Cornwallis, Muzium Negeri Pulau Penang dan Galeri Seni, serta Masjid Kapitan Keling merupakan beberapa tapak warisan yang boleh dikunjungi oleh anda serta seisi keluarga anda. Manakala, bagi para pelancong yang kuat membeli-belah, menujulah ke pusat-pusat membeli-belah seperti Queensbay Mall, 1st Avenue, Prangin Mall dan Sunway Carnival! Di Penang, kedai makanan, restoran, kafe dan pasar malam boleh didapati di mana-mana jua, jadi inilah peluang untuk para pelancong untuk makan kesemua makanan tempatan Penang! Lapangan terbang yang terdapat di Penang ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Penang.
Ketiga-tiga destinasi pelancongan ini mempunanyi penginapan aluan Islam yang terbaik, cantik, murah dan sesuai untuk seisi keluarga anda! Untuk mendapatkan kadar harga yang paling rendah untuk kesemua penginapan aluan Islam ini, tempahlah penginapan anda di laman web Sweethut Holiday https://sweethut.holiday!