Pernahkah anda ingin memetik buah strawberry sendiri ataupun menginap di penginapan yang sebelahnya merupakan kebun strawberry? Dengan harga yang murah sekali, para pelancong seisi keluarga dapat menginap di homestay sebegini! Bukan sahaja para pelancong akan dapat memetik strawberry sendiri, tetapi juga dapat mendapatkan pelbagai makanan strawberry dari kafe yang berada di homestay ini!
Selain daripada itu, lokasi Opah Strawberris & Jams Homestay juga amat berhampiran dengan tarikan-tarikan pelancongan seperti Tan’s Camellia Garden, Muzium Time Tunnel, Taman Pertabalan Tanah Rata dan banyak lagi. Para pelancong yang memerlukan kemudahan pengangkutan awam usahlah risau, sebab kawasan homestay ini memang dekat dengan stesen bas, stesen kereta api dan juga Cameron Highlands Airstrip. Dengan harganya yang serendah RM70 dan mempunyai ruang yang luas, homestay Cameron Highlands ini memang sesuai untuk para pelancong seisi keluarga. Kemudahan asas yang diperlukan oleh para pelancong juga telah siap dilengkapi oleh pihak penginap bagi memastikan keselesaan para penginap.
Menempahlah homestay di Cameron Highlands ini yang istimewa, berbaloi dan selesa dengan kami https://sweethut.holiday sekarang!
Lokasi: Sweethut.Holiday Homestay Apartment di Cameron Brinchang dan Tanah Rata Kg Taman Sedia, 39000 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.