Salah satu penginapan yang terdapat di Penang yang harganya murah dan berbalo ialah Elizabeth Home. Elizabeth Home terletak di Batu Ferringhi yang memang sesuai untuk para pelancong yang bercuti di Penang dengan bajet. Bagi para pelancong yang berminat sangat dengan pantai dan laut, bolehlah menempah penginapan ini juga! Elizabeth Home merupakan penginapan jenis Semi-D dua tingkat yang siap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti televisyen, penyaman udara, kabinet, peti sejuk, mesin pencuci baju serta parkir persendirian. Walaupun harganya murah dan rendah, tetapi pihak penginapan memastikan para pelancong menginap di Elizabeth Home dengan selesa dan berpuas hati. Ferringhi Park, Yahong Art Gallery, Adventure Zone dan bandar-bandar seperti Georgetown, Butterworth dan Bukit Mertajam terletak di lokasi yang berdekatan dengan Elizabeth Home. Lapangan terbang, stesen bas, serta stesen kereta api juga boleh disampai dengan masa perjalanan yang pendek. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang merupakan lapangan terbang yang terdekat dengan penginapan ini. Untuk menempah penginapan anda di Penang yang siap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan bajet bawah RM160, kunjungilah https://sweethut.holiday/ sekarang!

Lokasi:  Kawasan Perumahan Sungai Emas, 11100 Ayer Itam, Pulau Pinang, Malaysia