Negeri-negeri Malaysia kebanyakannya memang sesuai dijadikan destinasi pelancongan bagi para pelancong. Salah satu negeri Malaysia yang bukan sahaja terkenal dengan kebudayaannya dan lokasi bersejarah, tetapi juga terkenal dengan makanan-makanan lokalnya yang sedap dan murah. Negeri tersebut ialah negeri Penang yang terletak di bahagian utara Malaysia! Penang merupakan tapak warisan UNESCO yang penuh dengan kebudayaan tempatan dan juga bangunan-bangunan bersejarah yang boleh dijadikan destinasi tarikan kepada para pelancong. City Hall Pulau Penang, Fort Cornwallis, Muzium Negeri Pulau Penang dan Galeri Seni, serta Masjid Kapitan Keling merupakan bangunan-bangunan yang perlu dikunjungi oleh para pelancong. Manakala, bagi para pelancong yang ingin membeli-belah, bolehlah kunjungi pusat membeli-belah seperti Queensbay Mall, 1st Avenue, Prangin Mall dan Sunway Carnival! Makanan-makanan lokal seperti cendol, laksa, penang char koay teow, nasi lemak, otak-otak dan banyak lagi boleh didapati di kedai makanan mana-mana pun dari pagi hingga malam! Negeri Penang bukan sahaja penuh dengan makanan serta lokasi tarikan pelancong, tetapi ia juga dikenali sebagai salah satu negeri di Malaysia yang kemudahan pengangkutan awamnya begitu maju! Bagi para pelancong yang memerlukan pengangkutan awam boleh memilih sama ada untuk menaiki bas, kereta api ataupun kapal terbang. Stesen bas boleh didapati di merata-rata tempat di Penang yang memudahkan para pelancong mengunjungi pelbagai lokasi tarikan. Lapangan terbang yang terdapat di Penang ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, yang juga dikenali sebagai Lapanagan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Lokasi-lokasi di Penang yang kebanyakan para pelancong akan mengunjungi ialah Butterworth, Bukit Mertajam, Georgetown, Bayan Lepas, dan Batu Ferringhi. Di situ, para pelancong juga dapat mencari pelbagai penginapan yang selesa dan bajet bawah RM160 yang siap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan! Jenis penginapan seperti homestay, hotel, resort, dan lain-lain boleh didapati di seluruh Penang! Untuk menempah penginapan anda di Penang yang selesa dan bajet bawah RM160, kunjungilah https://sweethut.holiday/ sekarang!
Home
Cuti-Cuti di 6 Homestay Penang yang selesa dan bajet bawah RM160 lengkap dengan kemudahan seperti penyaman udara
- Details
- Written by Super User
- Category: Penang Homestay (BM)
- Hits: 3237