Penang, negeri yang terletak di bahagian utara Malaysia, merupakan salah satu destinasi pelancongan Malaysia yang terkenal! Penuh dengan kebudayaan pelbagai kaum Malaysia, tapak bersejarah, pusat membeli-belah, taman tema, muzium dan makanan-makanan lokal yang sedap dan murah, Penang merupakan destinasi pelancongan yang sesuai untuk pelancong pelbagai usia! Bercutilah di Penang dengan seisi keluarga anda pada hari keluarga! Para pelancong yang berminat dalam sejarah dan kebudayaan Malaysia, bolehlah mengunjungi ke lokasi-lokasi seperti Muzium Perang Penang Island, Cheong Fatt Tze Museum, Little India, Penang Island Museum, Masjid Kapitan Keling dan Fort Cornwallis. Tapak-tapak bersejarah dan kebudayaan ini juga amat sesuai untuk para pelancong yang berminat bercuti di Penang sesama kanak-kanak ataupun remaja. Selain daripada ini, taman tema di Penang juga amat menyenorokkan! Salah satu taman tema di Penang yang terkenal ialah Escape Theme Park. Di Escape Theme Park, para pelancong dapat bermain pelbagai aktiviti ataupun sukan yang sungguh menyenorokkan seperti flying fox, mountain climbing dan lain-lain lagi. Kalau para pelancong dah muak mengunjungi tapak-tapak kebudayaan dan bersejarah serta taman tema, bolehlah bersinggah ke tarikan pelancongan alam semulajadi Penang. Pantai Batu Ferringhi, Penang Hill, Penang National Park ataupun Pulau Jerejak, Penang juga mempunyanyi pelbagai tarikan pelancongan semula jadi yang mempunyanyi pemandangan yang indah tenang! Lepas berjalan sehari di Penang, sudah tentu para pelancong akan berasa lapar. Di Penang, makanan-makanan tempatannya juga terkenal sekali! Nasi kandar, penang laksa, cendul, char kuey teow, nasi lemak, satay dan banyak lagi, dapat dibeli oleh para pelancong di mana-mana jua! Di seluruh negeri Penang mempunyanyi pelbagai kedai makanan lokal, gerai makanan, restoran, kedai kopi dan kafe yang menjual makanan lokal Penang yang sedap dan murah! Ambil kesempatan ini untuk mencubalah kesemuanya sepanjang percutian anda di Penang! Penang yang merupakan salah satu negeri maju di Penang, mempunyanyi banyak pusat membeli-belah yang boleh dikunjungi oleh para pelancong. Queensbay Mall, 1st Avenue Mall, Komtar Mall, Billion Mall, Sunway Carnival Mall, Prangin Mall dan lain-lain, semuanya merupakan lokasi yang memang sesuai untuk para pelancong yang bercadang untuk membeli-belah di Penang! Sebagai destinasi pelancongan, Penang juga terdapat pelbagai jenis penginapan yang boleh dipilihi dan ditempah oleh para pelancong. Resort, hotel, homestay, rumah percutian, hostel dan lain-lain, semuanya boleh ditempahi oleh para pelancong! Untuk memudahkan anda, Sweethut Holiday telah memilihi beberapa hotel dan homestay yang terbaik, selesa dan berbaloi yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Jambatan Penang yang terkenal! Untuk menempahkan penginapan di Penang dengan kadar harga yang murah dan berbaloi, tempahlah dengan kami di https://sweethut.holiday!