Penang, salah satu tapak warisan UNESCO di Malaysia, bukan sahaja dipenuhi dengan pelbagai tapak serta bangunan kebudayaan, tetapi ia juga merupakan sebuah destinasi pelancongan yang penuh dengan pelbagai makanan lokal yang boleh didapati dari seluruh Malaysia! Para pelancong yang bercadang untuk bercuti di Penang seisi keluarga, pasti akan dapat mencipta banyak kenangan manis! Penang merupakan destinasi pelancongan yang paling sesuai bagi para pelancong yang berminat dalam kebudayaan dan tradisi Malaysia. Tarikan-tarikan pelancongan seperti Kuil Kek Lok Si, Muzium Pulau Pinang, Dewan Bandaraya Pulau Pinang, Fort Cornwallis, Masjid Kapitan Keling, dan Little India merupakan lokasi yang penuh dengan unsur kebudayaan rakyat Malaysia. Para pelancong yang mengunjungi ke sana boleh mengambil gambar sesama ahli keluarga untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang. Penang bukan hanya ada tapak kebudayaan saja, sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia, Penang juga mempunyanyi tarikan pelancongan alam semula jadi bagi sesiapa yang merupakan peminat alam semula jadi! Pantai Batu Ferringhi, Penang Botanic Garden, Penang Hill, Taman Negara Pulau Pinang dan lain-lain lagi, semuanya sesuai untuk para pelancong semua usia. Pusat membeli-belah di Penang juga boleh didapati oleh para pelancong di hampir mana-mana je! Queensbay Mall, Gurney Paragon Mall, 1st Avenue, Komtar Mall, Sunway Carnival Mall, Billion Mall, Prangin Mall dan banyak lagi, semuanya boleh ditujui oleh para pelancong! Pusat membeli-belah di Penang menjualkan pelbagai barangan dari barang penggunaan seharian ke barangan berjenama. Jadi, para pelancong yang ingin membelikan hadiah ataupun cenderahati untuk dibawakan balik, ambillah kesempatan ini! Sebagai salah satu negeri di Malaysia yang penuh dengan kebudayaan pelbagai budaya rakyat, Penang merupakan negeri yang terkenal dengan makanan tempatan yang sedap belaka! Makanan tempatan seperti Penang laksa, cendol, nasi kandar, nasi lemak, char kuey teow, popiah, dan satay boleh dibeli oleh para pelancong dari mana-mana saja. Di seluruh Penang terdapat banyak restoran lokal, kedai makanan, gerai makanan, kedai kopi dan kafe yang menjual makanan tempatan yang sedap, enak dan murah! Jadi para pelancong usahlah risau akan masalah pemakanan langsung. Infrastruktur Kemudahan pengangkutan awam Penang juga amat maju, jadi bagi para pelancong yang memerlukan kemudahan pengangkutan awam, bolehlah menuju ke stesen kereta api, stesen bas, jeti ferry ataupun lapangan terbang di Penang. Lapangan terbang yang terdapat di Penang ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, dan terminal bas Penang ialah Penang Sentral. Para pelancong yang bercuti di Penang dengan seisi keluarga boleh memilih pelbagai jenis penginapan yang terdapat di Penang, seperti hotel, resort, homestay, rumah percutian dan hostel. Bagi memudahkan para pelancong, Sweethut.Holiday telah memilihkan beberapa homestay yang terbaik, selesa, murah dan cantik yang berada di lokasi strategik untuk anda! Tempahlah penginapan di Penang yang paling sesuai untuk seisi keluarga anda di https://sweethut.holiday sekarang!