Pinang merupakan lokasi yang memang sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan bagi para pelancong yang berminat dengan kebudayaan dan tradisi Malaysia. Negeri Pinang merupakan salah satu negeri yang terletak di bahagian utara Malaysia, yang bukan sahaja Pinang penuh dengan bangunan bersejarah dan lokasi tarikan pelancong, tetapi juga penuh dengan makanan-makanan tempatan yang sedap belaka! Dengan pengaruh budaya, sosial dan agama dari masyarakat yang berlainan di Malaysia, Pinang dikenali sebagai negeri yang paling kaya dengan kepelbagaian kebudayaan masyarakat. City Hall Pulau Penang, Fort Cornwallis, Muzium Negeri Pulau Penang dan Galeri Seni , Masjid Kapitan Keling, Queensbay Mall, 1st Avenue, Prangin Mall dan Sunway Carnival adalah tempat-tempat tarikan yang sering dikunjungi oleh para pelancong. Pulau Pinang mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang membolehkan pelancong-pelancong memilih cara pengangkutan penerbangan udara. Penerbangan dari KL ke Pulau Pinang mengambil masa kira-kira satu jam dan merupakan cara pengangkutan yang terpantas. Di Pinang, terdapat pelbagai jenis penginapan yang boleh dipilihi oleh para pelancong, seperti homestay, hotel, resort, dan lain-lain lagi. Kunjungilah https://sweethut.holiday sekarang untuk menempah penginapan anda di Pinang dengan harga yang murah dan bajet bawah RM150!