Dah siap habis melawati tempat-tempat pelancongan di semenanjung Malaysia? Dah sampailah masa melawati Sabah pula! Sabah, yang terkenal dengan Gunung Kinabalu, merupakan sebuah negeri Malaysia yang terletak di bahagian utara Borneo. Salah satu lokasi di Sabah yang sering dikunjungi oleh para pelancong ialah Kota Kinabalu, bandar yang terbesar di Sabah yang masih kekal akan sentuhannya dengan keindahan alam semulajadi. Antara beberapa aktiviti utama yang digalak untuk dilakukan oleh para pelancong semasa berada di Kota Kinabalu ialah mengunjungi pulai-pulau di Taman Laut, berlayar di Lembah Klias dan menerokai Gunung Kinabalu. Semua aktiviti-aktiviti ini membolehkan para pelancong mengalami keindahan pemandangan Sabah yang begitu menakjubkan sekali. Bagi para pelancong berminat sangat dengan bagunan dan lokasi bersejarah, melawatilah bangunan-bangunan ikonik yang berada di Kota Kinabalu seperti Menara Jam Atkinson, Masjid Negeri Sabah, Masjid Terapung dan lain-lain. Antara lapangan terbang yang terdapat di Sabah ialah Kota Kinabalu International Airport, Sandakan Airport dan Lahad Datu Airport. Bagi para pelancong yang ingin bercuti di Sabah, bolehlah menaiki kapal terbang sambil menikmati keindahan pemandangan udara buat sementara dalam perjalanan ke Sabah. Tambahan pula, Sabah juga terdapat banyak homestay murah bukan sahaja di sekeliling bandar Kota Kinabalu, tetapi juga di Ranau, Sinurambi dan juga Kundasang! Jadi para pelancong yang ingin bercuti di Sabah, tidak haruslah risau akan kos percutian anda! Nak tahu homestay mana yang harganya memang murah dan bajet? Kunjungilah https://sweethut.holiday sekarang dan menempahi penginapan anda di Sabah!
Home
6 Homestay Sabah yang bajet murah bawah RM150
- Details
- Written by Super User
- Category: Sabah Homestay (BM)
- Hits: 5460