Dengan mempunyanyi ruang yang luas yang terdiri daripada dua bilik tidur, satu bilik air, ruang tamu dan dapur, penginapan Kiena Guesthouse paling sesuai untuk para pelancong yang mempunyanyi seisi keluarga yang kecil. Penginapan jenis kondominium ini juga siap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pemanas air, peti sejuk, sofa, parkir persendirian, mesin pencuci baju, penyaman udara, dan yang paling sesuai untuk seisi keluarga untuk bersantai dan bermain, kolam renang! Selain itu, dengan berada di lokasi yang cukup baik dan strategik, Kiena Guesthouse berdekatan dengan pelbagai kedai makanan, kedai serbaneka, pusat membeli-belah, pasar malam, stesen bas, stesen kereta api serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. University Malaysia Sabah juga berada di jarak yang cukup dekat dengan penginapan ini! Untuk mencapai ke bandar Kota Kinabalu, Gunung Kinabalu, Mari-Mari Cultural Village, Pantai Tanjung Aru dan tarikan pelancongan lain juga tidak susah. Menempahlah penginapan anda di Sabah yang cantik, luas, berdekatan dengan University Malaysia Sabah dan murah dengan Sweethut Holiday sekarang https://sweethut.holiday/!
Lokasi: Taman Perindustrian Kota Kinabalu, 89200 Kota Kinabalu, Sabah