Sabah ni bukan sahaja merupakan destinasi pelancongan yang penuh dengan tarikan alam semulajadi, tetapi juga mempunyanyi pelbagai tarikan lain yang boleh dialami oleh para pelancong! Sabah yang merupakan rumah kepada gunung yang terkenal di Malaysia, iaitu Gunung Kinabalu, sesuai untuk para pelancong yang bercadang untuk bercuti bersama-sama seisi keluarga pada hari keluarga masing-masing. Untuk mencapai ke Sabah, para pelancong boleh menaiki kapal terbang dari lapangan-lapangan terbang seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah dan lain lain lagi ke lapangan terbang yang terdapat di Sabah. Antara lapangan terbang yang terdapat di Sabah ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Sandakan dan Lapangan Terbang Lahad Datu.
Jika anda sedang bercadang untuk melawati Sabah dengan keluargamu, kunjungilah Kota Kinabalu! Kota Kinabalu merupakan bandar utama Sabah. Walaupun ia merupakan sebuah bandar yang besar, tetapi Kota Kinabalu masih belum lagi hilang sentuhannya dengan keindahan alam semulajadi! Tarikan alam semulajadi yang terdapat di Kota Kinabalu adalah Marine Park, Klias Wetlands, Gunung Kinabalu dan lain-lain lagi. Manakala bagi yang ingin menikmati pemandangan bandar Kota Kinabalu bolehlah menuju ke Signal Hill Observatory Platform. Untuk para pelancong yang kekal ingin mengunjungi ke lokasi-lokasi seperti kafe ataupun pusat membeli-belah, semua itu juga boleh didapati di sekitar Kota Kinabalu, jadi usahlah risau!
Di Kota Kinabalu, para pelancong yang ingin menikmati makanan-makanan lokal Sabah ni tidak susah, ini adalah kerana pelbagai restoran, kafe, kedai makanan dan kedai serbaneka boleh didapati di mana-mana jua lokasi di Sabah! Kota Kinabalu, Sabah yang kerap dikunjungi oleh para pelancong dari merata-rata tempat juga mempunyanyi pelbagai penginapan yang boleh dipilihi! Hotel, resort, rumah percutian, hostel, homestays dan banyak lagi penginapan yang cantik, luas dan sesuai untuk seisi keluarga boleh ditempahi oleh para pelancong. Manakala, untuk memudahkan para pelancong, Sweethut Holiday telah memilih beberapa penginapan homestay di Kota Kinabalu, Sabah yang cantik, luas, sesuai untuk seisi keluarga, dekat dengan University Malaysia Sabah dan yang paling penting, murah untukmu! Untuk menempah penginapan anda di Kota Kinabalu, Sabah, kunjungilah laman web kami di https://sweethut.holiday/ sekarang!