Bercutilah sesama ahli keluarga anda pada hari keluarga! Meluangkan masa dan mencipta kenangan manis itu penting untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga masing-masing. Para pelancong yang bercadang untuk mengadakan percutian hari keluarga, pilihlah Sabah! Sabah merupakan negeri Malaysia yang amat besar sekali, jadi tarikan pelancongan Sabah pun banyak. Antara beberapa lokasi yang kerap dikunjungi oleh pelancong-pelancong lain, ialah seperti Mesilau, Kundasang dan Ranau. Para pelancong tanpa kira berapa umur anda, Sabah tentu akan jadi destinasi pelancongan terbaik anda. Gunung Kinabalu yang terkenal di Malaysia, terletak di Sabah juga! Para pelancong yang belum pernah melihat keindahan dan kemegahan Gunung Kinabalu secara dekat, ambillah kesempatan ini! Dipenuhi dengan pemandangan yang indah dan cantik, para pelancong boleh ambil kesempatan ini untuk mengambil gambar yang cantik sesama ahli keluarga untuk dijadikan kenangan.
Para pelancong juga berpeluang untuk mengunjungi pelbagai pulau-pulau di Sabah yang cantik di Taman Laut, ataupun berlayar di Lembah Kilas. Jika anda merupakan jenis pelancong yang berminat dalam mengunjungi ke tarikan pelancongan alam semula jadi, menujulah ke lokasi-lokasi seperti Desa Fairy Farm ataupun Sabah Tea Garden. Manakala, jika anda saja ingin mengunjungi ke lokasi dan tapak terkenal Sabah, boleh menuju ke Menara Jam Atkinson, Masjid Terapung, Masjid Negeri Sabah, Upside Down House, Tandem Paragliding ataupun bandar terbesay Sabah, Kota Kinabalu. Para pelancong yang bercuti di Sabah juga berpeluang untuk menikmati pelbagai makanan tempatan yang istimewa, murah dan sedap belaka! Makanan-makanan lokal di Sabah ini penuh dengan unsur kebudayaan dan tradisi rakyat. Makanan lokal seperti Mee Tuaran, Latok, Butod, Hinava, Roti Cobra dan masakan makanan laut semuanya boleh didapati di restoran lokal, kedai makanan, gerai makanan, kedai kopi ataupun kafe yang terdapat di Sabah. Kemudahan pengangkutan awam di Sabah juga agak maju. Dengan mempunyai stesen bas, stesen kereta api dan tiga lapangan terbang, para pelancong yang memerlukan kemudahan pengangkutan awam tidak haruslah risau. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Lahad Datu dan Lapangan Terbang Sandakan merupakan pilihan lapangan terbang di Sabah bagi para pelancong. Sabah yang merupakan salah satu destinasi pelancongan Malaysia mempunyai banyak jenis penginapan yang boleh dipilih oleh para pelancong. Antaranya ialah seperti homestay, resort, hotel, rumah percutian, hostel ataupun chalet. Untuk memudahkan para pelancong yang ingin bercuti di Sabah dan menginap di situ dengan selesa. Sweethut.Holiday telah memilih beberapa homestay yang terbaik, selesa, cantik dan murah di Sabah untuk anda!
Tempahlah penginapan anda di Sabah yang sesuai untuk seisi keluarga anda di https://sweethut.holiday/ sekarang!