Penginapan itu memang merupakan aspek yang penting dalam percutian para pelancong. Untuk mempunyai pengalaman percutian yang menyenorokkan dan gembira, para pelancong haruslah pandai memilih homestay yang bukan sahaja selesa, luas dan cantik, tetapi juga murah supaya tidak melampaui budget percutian masing-masing. Di Sabah, terdapat pelbagai jenis penginapan yang boleh dipilihi oleh para pelancong. Salah satu pilihan yang paling terkenal dalam kalangan para pelancong ialah homestay. Antara lokasi-lokasi yang para pelancong kerap menginapi ialah seperti Kundasang Ranau, Mesilou, Sinurambi, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan. Sebelum anda melawati laman web kami di Sweethut.holiday, izinkan kami menunjukkan kepada anda keistimewaan dan tarikan Sabah!

Sabah merupakan salah satu negeri yang paling besar di Malaysia. Dengan itu, para pelancong yang bercuti di Sabah bolehlah bersiap sedia untuk mengalami pelbagai jenis tarikan pelancongan yang Sabah akan dapat menawarkan kepada anda! Salah satu tarikan pelancongan utama Sabah ialah alam semula jadinya yang cantik dan indah. Para pelancong yang bercuti di Sabah, mengunjungilah ke Gunung Kinabalu yang terkenal. Bagi sesiapa yang minat menggembara, ambillah kesempatan ini untuk mendaki Gunung Kinabalu ini yang megah sekali. Manakala, bagi sesiapa yang saja ingin menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang indah itu, bolehlah mengambil gambar bersama ahli keluarga ataupun kawan-kawan anda yang boleh dijadikan kenangan manis hari kelak nanti. Di Sabah bukannya ada Gunung Kinabalu saja! Aktiviti dan sukan air seperti penggembaraan pulau-pulau ataupun pelayaran juga boleh didapati di Taman Laut dan Lembah Klias. Jika anda ingin menikmati pemandangan alam semula jadi yang selain daripada Gunung Kinabalu, bolehlah menuju ke Desa Dairy Cattle Farm ataupun Sabah Tea Garden.

Di Sabah bukannya ada tarikan pelancongan alam semula jadi sahaja! Bagi para pelancong yang berminat dalam bangunan ataupun tapak budaya dan bersejarah, bolehlah menuju ke lokasi-lokasi seperti Masjid Terapung, Masjid Negeri Sabah, Menara Jam Atkinson dan lain-lain lagi. Lokasi lain yang kerap dikunjungi oleh para pelancong serta penduduk tempatan ialah seperti Upside Down House, bandar Kota Kinabalu dan juga Tandem Paragliding. Di Sabah juga mempunyai makanan lokalnya yang tersendiri dan istimewa. Mee Tuaran, Latok, Butod, Hinava, Roti Cobra dan masakan makanan laut adalah antara beberapa makanan lokal Sabah yang terkenal! Bagi para pelancong yang bercuti di Sabah, ambillah kesempatan ini untuk mencubakan kesemuanya di restoran, kafe, kedai makanan, pasar malam ataupun kedai kopi di sekitar Sabah. Antara lapangan terbang yang disediakan untuk anda di Sabah ialah seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Lahad Datu dan Lapangan Terbang Sandakan.

Sabah yang merupakan destinasi pelancongan yang terkenal, selain dipenuhi dengan pelbagai tarikan pelancongan, ia juga dipenuhi dengan pelbagai jenis penginapan bagi para pelancong. Resort, hotel, chalet, homestay, rumah percutian dan lain-lain lagi, kesemuanya boleh ditempahi dengan harga yang murah sekali. Untuk mendapatkan homestay anda di lokasi-lokasi terkenal seperti Kundasang Ranau, Mesilou, Sinurambi, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, mengunjungilah laman web Sweethut.holiday https://sweethut.holiday sekarang!