Penginapan Hornbill Retreat merupakan penginapan jenis Bungalow yang terletak di kawasan Temoyong yang aman dan tenang sekali. Dengan adanya 9 unit bilik tidur, penginapan ini juga siap dilengkapi dengan penghawa dingin, peti sejuk, parkir persendirian, dapur terbuka dan kolam renang persendirian! Kalau anda jenis pelancong yang ingin tinggal di penginapan yang aman dan mempunyanyi privasi sendiri, Hornbill Retreat memang sesuai untukmu! Tambahan pula, penginapan ini juga amat dekat dengan pantai yang amat terkenal antara para pelancong, iaitu pantai Chenang! Chenang Mall, Underwater World Langkawi dan Pantai Tengah yang berdekatan juga boleh dikunjungi oleh para pelancong. Untuk pelancong yang suka suasana tenang, tunggu apa lagi! Tempahlah tempat penginapan anda sekarang dengan harga yang murah dan berpatutan dengan kami di https://sweethut.holiday/ !