Negara Malaysia memang terkenal dalam destinasi pelancongan persisiran disebabkan oleh landskap semula jadinya yang indah sekali dan salah satu destinasi pelancongan persisiran di Malaysia yang amat dikenali dalam kalangan para pelancong ialah Langkawi! Pelbagai sukan dan aktiviti air seperti pelayaran sungai bakau, snorkeling, menunggang jet ski dan lain-lain lagi dapat dilakukan di Langkawi. Jadi, untuk para pelancong yang memang peminat sukan air, kunjungilah Langkawi! Sky Bridge Langkawi, Kereta Kabel Langkawi, Air Terjun Seven Wells dan Pantai Tanjong Rhu, inilah destinasi-destinasi di Langkawi yang kerap dikunjungi oleh para pelancong. Tentulah, kalua anda dah berada di Langkawi, anda pasti haruslah melawati Monumen Eagle Square yang merupakan salah satu tarikan utama Pulau Langkawi! Pulau Langkawi seolah-olahnya syurga bagi sesiapa yang minat sangat dengan makanan laut! Hidangan makanan laut yang segar dan lazat dengan harga yang berpatutan boleh didapati di mana-mana sahaja di Langkawi. Selain itu, para pelancong yang ingin membelikan cenderahati bolehlah membeli-belah di outlet bebas cukai di Pulau Langkawi. Produk tembakau, minuman keras, coklat, bagasi dan banyak lagi boleh dibeli oleh para pelancong di situ.
Pulau Langkawi merupakan tempat yang terbaik untuk bercuti tanpa kira jika anda merancang untuk mengadakan percutian yang pendek ataupun panjang. Hotel, homestay, rumah percutian ataupun rumah tumpangan, Langkawi mempunyanyi pelbagai pilihan penginapan yang boleh dipilih oleh anda! Tempahlah tempat penginapan anda sekarang dengan harga yang murah dan berpatutan dengan kami di https://sweethut.holiday/ !