Dengan mempunyanyi landskap semula jadi yang indah dan cantik, Malaysia telah menjadi salah satu negara yang terkenal dengan tarikan pelancongan persisiran dan kepulauannya. Salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dalam aspek ini ialah Pulau Langkawi. Langkawi yang merupakan destinasi pelancongan yang terbaik bagi seisi keluarga pelancong mempunyanyi pelbagai aktiviti dan sukan air yang boleh dimain, pantai yang bersih dan indah, serta makanan masakan laut yang sedap belaka! Sebagai UNESCO Geopark yang rasmi di Malaysia, tentulah para pelancong akan dapat melihat pelbagai lokasi ataupun tapak semula jadi yang menakjubkan. Bagi mereka yang berminat dalam aktiviti dan sukan air, Pulau Langkawi adalah tempat terbaik untuk anda! Pelayaran sungai bakau, menunggang jet ski, snorkeling, dan pelayaran pasti akan memberikan para pelancong satu memori yang menyeronokkan sesama ahli keluarga.

Bagi pelancong yang ingin menikmati dan menghayati pemandangan indah alam semula jadi, Langkawi Sky Bridge, Air Terjun Seven Wells, Taman Buaya Jalan Datai, dan Pantai Tanjong Rhu merupakan tarikan pelancongan yang boleh dikunjungi oleh para pelancong. Tambahan pula, Pantai Cenang juga merupakan salah satu pantai di Langkawi yang merupakan tarikan pelancong yang agak menarik! Tentulah, jika para pelancong berpeluang untuk bersinggah di Pulau Langkawi, haruslah melawati Monumen Eagle Square yang merupakan tarikan utama Pulau Langkawi. Di Langkawi, makanan lokalnya ialah hidangan makanan laut yang segar, lazat dan harganya berpatutan juga! Disebabkan lokasi Langkawi yang berdekatan dengan persisiran laut, para pelancong dapat menikmati pelbagai hidangan makanan laut yang segar dan sedap! Para pelancong juga bolehlah membeli-belah di outlet bebas cukai di Pulau Langkawi di mana produk tembakau, minuman keras, coklat, bagasi dan banyak lagi boleh didapati dengan tanpa cukai. Langkawi Parade Megamall dan Kimpleks Budaya Kraf adalah antara dua outlet di Langkawi yang terkenal dalam kalangan para pelancong. Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim merupakan lapangan terbang yang terdekat dengan Langkawi.

Sebagai salah satu destinasi pelancongan di Malaysia, selain daripada tarikan pelancongan dan makanan enak, Langkawi juga mempunyanyi pelbagai jenis penginapan yang boleh dipilihi oleh para pelancong. Hotel, resort, rumah percutian, hostel dan lain-lain lagi, semuanya boleh ditempahi oleh para pelancong. Untuk memudahkan anda, Sweethut Holiday telah memilih beberapa homestay dan hotel yang terbaik, selesa dan murah di Langkawi dekat dengan Pantai Cenang. Dapatkanlah penginapan anda di Langkawi dengan kadar harga yang paling berbaloi di laman web kami https://sweethut.holiday/ sekarang!