Jika anda merupakan pelancong yang bercadang untuk bercuti di Pulau Langkawi dengan seisi keluarga yang besar, tinggallah di Azlan Homestay ini yang dekat dengan Cenang! Dua bilik tidur yang besar, bilik air, ruang tamu, dapur dan ruang makan. Dengan mempunyai ruang yang luas dan besar, para pelancong dengan seisi keluarga boleh menginap di Pulau Langkawi dengan selesa! Siap dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti katil, penyaman udara, kipas, kemudahan dapur, televisyen, mesin pembasuh baju, peti sejuk dan kemudahan BBQ, pihak penginapan Azlan Homestay mencuba sedaya upaya untuk memastikan keselesaan para penginap.

Selain itu, lokasi homestay ini juga strategik sekali! Dengan berdekatan dengan tarikan pelancongan Langkawi seperti Pantai Cenang, Outlet bebas cukai, banda Kuah dan juga pelbagai restoran, kedai makanan, kafe serta kedai kopi, lokasi Azlan Homestay memang memudahkan para pelancong seisi keluarga! Stesen bas, terminal jetty dan lapangan terbang semuanya berhampiran dengan homestay Langkawi terbaik ini! Lapangan terbang yang paling dekat dengan Azlan Homestay ialah Lapangan Terbang Langkawi.

Untuk menempah homestay ini dengan kadar harga yang murah, kunjungilah laman web kami di https://sweethut.holiday!

Lokasi: Sweethut.Holiday Homestay Apartment dan Hotel Melaka serta Pulau Langkawi Kg Kuala Temonyong, Jalan Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.