Johor merupakan salah satu negeri terbesar di Malaysia, negeri ini mempunyanyi pelbagai kebudayaan dan tradisi dari kaum-kaum di Malaysia. Oleh itu, Johor juga merupakan lokasi yang terbaik untuk dijadikan destinasi pelancongan yang ingin lebih memahami tentang Malaysia secara keseluruhan! Disebabkan Johor merupakan negeri yang besar, ia terdapat banyak bandar-bandar yang boleh dikunjungi oleh para pelancong, seperti Johor Bahru, Kluang, Skudai, Johor Jaya, Larkin, Muar dan banyak lagi. Bagi para pelancong yang bercadang untuk bercuti di Johor, usahlah risau! Tarikan pelancongan di Johor ini sesuai untuk individu pelbagai usia! Para pelancong yang berminat dalam destinasi kebudayaan ataupun bangunan bersejarah, bolehlah menuju ke destinasi-destinasi seperti Johor Bahru Old Chinese Temple, Sultan Abu Bakar Mosque, Muar Old High Court Building, Dutch Houses dan banyak lagi! Manakala, bagi para pelancong yang lebih berminat dalam tarikan alam semulajadi, Zoo Johor, Air Terjun Gunung Ledang, Parit Jawa dan lain-lain lagi juga boleh dikunjungi oleh para pelancong. Jika para pelancong sedang bercuti di Johor dengan seisi keluarga, bolehlah menuju ke taman tema seperti Legoland ataupun Angry Birds Activity Park. Di Johor, terdapat pelbagai pusat membeli-belah yang boleh ditujui oleh para pelancong yang ingin membeli-belah ataupun mendapatkan cenderahati untuk dibawakan balik, antara beberapa pusat membeli-belah yang terkenal di Johor ialah Plaza Sentosa, KSL City Mall dan Paradigm Mall. Seperti negri-negeri lain di Malaysia, Johor juga mempunyanyi pelbagai makanan lokal yang sedap belaka! Untuk mendapatkan makanan tempatan yang sedap, lokasi yang paling sesuai untuk dikunjungi oleh para pelancong ialah Muar! Muar bukan sahaja terkenal dengan destinasi bersejarahnya, tetapi juga terkenal dengan makanan-makanan enaknya! Otak-otak, Mee Bandung Muar, Satay dan banyak lagi haruslah dicuba oleh para pelancong ketika bercuti di Johor. Johor yang merupakan destinasi pelancongan, sudah tentulah juga akan dipenuhi dengan pelbagai penginapan yang terbaik, selesa dan murah sekali! Tambahan pula, penginapan-penginapan di Johor juga terletak di lokasi yang strategik dan berdekatan dengan pelbagai kemudahan pengangkutan awam! Lapangan terbang yang didapati di Johor ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Para pelancong yang bercadang untuk bercuti di Johor sama ada dengan seisi keluarga ataupun dengan kawan-kawan, tempahlah penginapan anda dulu! Sama ada hotel, resort, homestay, rumah percutian ataupun chalet, Johor ada semuanya untuk anda! Tempahlah penginapan anda di Johor Bahru, Kluang, Skudai, Larkin, Johor Jaya, Muar dan lokasi-lokasi lain dengan kami di https://sweethut.holiday sekarang!