Untuk menempahkan homestay yang murah dan budget, pada masa yang sama, selesa dan cantik memang tidak mudah. Mendapatkan penginapan yang selesa, luas dan cantik memang merupakan aspek yang penting untuk mempunyai percutian yang mengujakan. Sedar akan hal ini, Sweethut.holiday telah menyenaraikan beberapa homestay di Ipoh, Perak, Malaysia yang bukan sahaja murah, tetapi juga selesa, cantik dan terbaik! Semua harganya berada di bawah RM190 juga! Sebelum itu, izinkan kami menunjukkan keistimewaan dan tarikan yang Ipoh, Perak ada!
Merupakan salah satu negeri yang paling besar di Malaysia, Perak mempunyai pelbagai tarikan pelancongan yang sesuai untuk para pelancong yang terdiri daripada pelbagai usia dan jenis! Tapak kebudayaan, bangunan bersejarah, taman tema dan banyak lagi, kesemuanya boleh dikunjungi oleh anda seketika anda bercuti di Perak! Bagi para pelancong yang ingin memahami serba sedikit tentang sejarah Perak ataupun Malaysia secara keseluruhan, bolehlah menuju ke tarikan-tarikan yang dekat dengan Ipoh seperti Muzium Peperangan Taiping ataupun Muzium Perak. Selain itu, Ipoh, Perak juga amat dekat dengan pelbagai tarikan pelancongan alam semula jadi. Jika anda merupakan jenis pelancong yang lebih berminat dalam alam semula jadi, Perak memang merupakan destinasi pelancongan yang terbaik bagi anda! Pulau Pangkor yang terkenal, Pantai Teluk Senangin, Matang Forest Mangrove Reserve dan Taiping Lake Gardens, semuanya boleh ditujui dalam jarak yang dekat dari Ipoh. Taman tema yang kerap dikunjungi oleh pelancong asing serta penduduk tempatan ialah Sunway Lost World of Tambun. Di situ, para pelancong dapat berenang dan juga bermain pelbagai aktiviti sukan air yang mengujakan! Jika anda masih tidak berpuas hati lagi, lokasi-lokasi lain yang menarik dan terkenal yang boleh ditujui di Ipoh ialah seperti Istana Kellie, Concubine Lane, Kuil Gua Perak, Gua Tempurung dan Kuil Sam Poh Tong.
Di Ipoh, Perak, memang terdapat banyak tarikan pelancongan yang sesuai untuk para pelancong. Tetapi, sebagai salah satu destinasi pelancongan di Malaysia, sudah tentulah anda juga akan dapat pelbagai makanan lokal yang sedap belaka dan murah! Nasi ayam tauge, Ipoh White Coffee, mee kari, dim sum, cendol, caramel egg custard dan lain-lain lagi, semuanya boleh didapati di mana-mana jua di Ipoh, Perak! Di sekeliling Ipoh, Perak, terdapat pelbagai restoran, kedai kopi, kafe, kedai makanan dan pasar malam yang menjualkan makanan lokal Ipoh yang murah dan lazat! Para pelancong yang bercadang untuk bercuti di Ipoh, bersedialah untuk makan sebanyak mungkin!
Para pelancong yang dah teruja rasa ingin bercuti di Ipoh, Perak usah risau. Di Ipoh, Perak, terdapat juga pelbagai jenis penginapan yang siap sedia untuk ditempahi oleh anda! Hotel, resort, homestay, rumah percutian, chalet ataupun hostel, semuanya boleh ditempahi dengan harga yang cukup murah. Jika anda ingin menempahkan homestay di Ipoh, Perak yang murah, budget dan selesa, kunjungilah laman web Sweethut.holiday! Di situ, anda pasti akan dapatkan homestay yang anda sukai! Kunjungi laman web kami di https://sweethut.holiday untuk dapatkan promosi esklusif!