Berdekatan dengan tarikan pelancongan seperti Pulau Tioman, Cameron Highlands, Taman Negara, Kuantan Parade, Stadium Kuantan, dan banyak lagi, homestay Kuantan, Pahang ini memang sesuai untuk para pelancong seisi keluarga! Dengan berada di lokasi yang strategik, homestay ini juga dikelilingi oleh pelbagai kedai makanan, restoran, kedai kopi, kafe dan gerai makanan yang menjual makanan-makanan lokal yang enak dan murah!
Selain itu, dalam jarak yang dekat, stesen bas, stesen kereta api dan lapangan terbang boleh didapati oleh para pelancong yang memerlukan kemudahan pengangkutan awam. Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah merupakan lapangan terbang terdekat dengan homestay selesa ini. Dengan harga yang murah, para pelancong dapat menginap di homestay terbaik dan selesa ini di Kuantan Pahang yang mempunyai empat bilik tidur! Homestay jenis semi D dua tingkat ini cukup luas dan mampu merangkumi sebanyak lima belas orang penginap! Tambahan pula, ruangnya direka dengan cantik dan juga siap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti televisyen, penyaman udara, peti sejuk, sofa, pemanas air, kabinet, mesin pembasuh baju dan katil.
Tempahlah homestay Kuantan Pahang ini yang terbaik, selesa, luas dan sesuai untuk seisi keluarga anda di https://sweethut.holiday sekarang!
Lokasi: Sweethut.Holiday Kuantan, Pahang Homestay Jln Kuantan, Kampung Darat Sungai Ular, 26080 Balok, Pahang, Malaysia.