Penang, salah satu destinasi pelancongan di Malaysia yang terkenal dan memang sesuai untuk para pelancong yang bercadang untuk mengadakan percutian hari keluarga dengan seisi keluarga! Dengan mempunyanyi pelbagai tarikan pelancongan yang sesuai untuk semua individu tanpa kira umur, ahli keluargamu pasti akan dapat mencipta banyak kenangan-kenangan manis di Penang! Para pelancong yang bercuti di Penang perlulah tahu, selain daripada Georgetown, Penang juga mempunyanyi bandar-bandar lain yang dipenuhi dengan lokasi menarik. Jika para pelancong berpeluang untuk bercuti dan menginapi di Bayan Baru ataupun Bayan Lepas, anda memang bernasib baik lah! Lokasi-lokasi seperti Kuil Ular, Pulau Jerejak, Penang War Museum, Aquarium Batu Maung, Sam Poh Footprint Temple dan banyak lagi boleh dikunjungi oleh para pelancong yang berada di Bayan Lepas! Bagi para pelancong yang lebih berminat dalam pusat membeli-belah, Quensbay Mall merupakan pusat membeli-belah yang terdekat dengan Bayan Lepas. Manakala, para pelancong juga dapat menuju ke pusat membeli-belah lain dengan mudah dan cepat seperti M Mall, Gurney Plaza, Gurney Paragon, 1st Avenue Mall, Komtar dan banyak lagi! Bagi para pelancong yang memerlukan kemudahan pengangkutan awam, di Bayan Lepas dan Bayan Baru juga terdapat stesen bas yang siap dilengkapi untuk para pelancong. Lapangan terbang yang terdekat dengan Bayan Lepas pula ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Penang. Bagi para pelancong yang bercadang untuk menikmati makanan lokal Penang, usahlah risau. Di Bayan Baru dan Bayan Lepas juga terdapat pelbagai resotran lokal, kafe, kedai makanan serta kedai serbaneka di sekeliling kawasan ini. Cendol, Penang laksa, nasi ayam, popiah, dan banyak lagi boleh didapati oleh para pelancong di mana-mana jua lokasi Penang! Berbanding dengan Georgetown, Penang, Bayan Lepas merupakan lokasi yang lebih sesuai untuk para pelancong yang suka ketenangan. Walaupun Bayan Lepas berada di jarak yang jauh dengan Georgetown, tetapi Bayan Lepas dan Bayan Baru juga mempunyanyi banyak penginapan yang terbaik, cantik, luas dan sesuai untuk seisi keluarga anda! Bagi memudahkan para pelancong untuk mencari homestay ataupun hotel di Bayan Baru dan Bayan Lepas, Sweethut Holiday telah memilih beberapa homestay dan hotel yang terbaik untuk mu! Untuk menempah penginapan di Penang, kunjungilah laman web kami di https://sweethut.holiday sekarang!
Home
Cuti-cuti Seisi Keluarga di 6 Homestay dan Hotel di Bayan Baru dan Bayan Lepas yang Terbaik dan Cantik untuk Family Day
- Details
- Written by Super User
- Category: Penang Homestay (BM)
- Hits: 3199