LPM Guesthouse ialah penginapan aluan Islam yang terletak di Tanjung Tokong, Penang! Jadi, jika anda bercadang untuk bercuti di sana dengan ahli keluarga anda pada hari keluarga, bolehlah tempah penginapan LPM Guesthouse! Penginapan jenis semi D dua tingkat ini mempunyanyi ruang yang cukup luas untuk para pelancong serta seisi keluarga anda. Dengan berada di tengah bandar, penginap juga boleh menikmati pemandangan bandar yang indah sekali! WiFi, parkir persendirian, kabinet, sofa, dan penyaman udara telah siap disediakan oleh pihak penginapan bagi memastikan keselesaan para penginap! Selain daripada itu, lokasi-lokasi seperti Gurney Plaza, Penang Botanic Gardens, Sky Walk, Penang National Park serta Lapangan Terbang Antarabangsa Penang juga berada di lokasi yang boleh ditujui oleh para pelancong dengan mudah! Surau di sekitar kawasan LPM Guesthouse juga boleh dikunjungi oleh para pelancong penganut Islam jika diperlukan. Pelbagai kedai makanan boleh didapati di mana-mana jua sekitar kawasan ini, jadi para pelancong bolehlah mengambil kesempatan ini untuk mencuba makanan lokal Penang ini yang sedap dan murah! Untuk menempah penginapan LPM Guesthouse yang murah, cantik dan sesuai untuk pelancong penganut Islam ini, kunjungilah laman web Sweethut Holiday https://sweethut.holiday!

Lokasi: Medan Tanjong Bungah, Tanjung Tokong, 11200 Penang, Malaysia.