Kuala Lumpur merupakan bandar yang terbesar di Malaysia dan juga rumah kepada dua menara tinggi yang terkenal iaitu Menara Berkembar Petronas dan juga Menara Kuala Lumpur! Menara Berkembar Petronas yang ikonik merupakan menara berkembar yang tertinggi di dunia, setinggi 451.9 meter, manakala Menara Kuala Lumpur adalah setinggi 420 meter. Walaupun ketinggian Menara Kuala Lumpur lebih rendah daripada Menara Berkembar Petronas, tetapi keindahan dan kemegahannya masihlah begitu luar biasa!
Para pelancong yang bercadang untuk bercuti di Kuala Lumpur pada hari keluarga dengan seisi keluarga, inilah peluangnya untuk menyaksikan kemegahan kedua-dua menara ini secara berdekatan. Selain daripada kedua-dua menara ini, Kuala Lumpur juga terdapat tarikan pelancongan lain yang memang sesuai untuk seisi keluarga untuk dikunjungi. Lokasi seperti Batu Caves, Dataran Kemerdekaan, Masjid Negara Malaysia, Jalan Petaling di Chinatown dan Little India merupakan antara lokasi yang terkenal dengan budaya dan tradisi Malaysia.Bagi pelancong yang berpeluang untuk menuju ke Putrajaya, Dataran Pahlawan Nasional, Istana Keadilan, Taman Persahabatan China-Malaysia, Jambatan Seri Wawasan dan Masjid Putra adalah antara beberapa lokasi yang harus dilawati oleh para pelancong! Pemuda-pemuda ataupun ahli keluarga yang berminat dalam membeli-belah, Kuala Lumpur mempunyanyi banyak pusat membeli-belah yang boleh dikunjungi! Tambahan pula, kebanyakan barangan yang dijual di pusat membeli-belah Kuala Lumpur adalah barangan berjenama tinggi! Ambil kesempatan inilah untuk belikan barangan-barangan yang anda inginkan!
Para pelancong yang merupakan pencinta alam pula bolehlah menuju ke lokasi seperti Taman Ekuestrian, Wetlands Park, Taman Warisan Pertanian, Taman Rekreasi Bukit Jalil dan Taman Patung ASEAN. Di Kuala Lumpur, juga terdapat pelbagai makanan lokal yang sedap belaka! Char Koay Teow, Bak Kut Teh, nasi lemak, rojak dan sate merupakan antara beberapa makanan lokal yang sedap yang boleh didapati di kedai-kedai makanan, restoran dan kafe Kuala Lumpur! Kemudahan pengangkutan awam Kuala Lumpur juga amat efisien! Bagi para pelancong yang memerlukan kemudahan bas dan kereta api, menujulah ke Terminal Bersepadu Selatan yang merupakan terminal bas dan kereta api utama di Kuala Lumpur. Manakala bagi para pelancong yang memerlukan kemudahan penerbangan, menujulah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sebagai bandar yang terbesar di Malaysia serta salah satu destinasi pelancongan di negara Malaysia, sudah tentu Kuala Lumpur mempunyanyi pelbagai penginapan yang boleh ditempahi oleh para pelancong. Bagi memudahkan anda, Sweethut Holiday telah memilihkan beberapa penginapan di Kuala Lumpur yang bukan sahaja cantik, terbaik dan harganya murah, tetapi juga amat sesuai untuk seisi keluarga anda! Untuk menempahkan penginapan anda, kunjungilah laman web kami di https://sweethut.holiday/ sekarang!