Kuala Lumpur merupakan bandar yang terbesar di Malaysia dan juga rumah kepada dua menara tinggi yang terkenal iaitu Menara Berkembar Petronas dan juga Menara Kuala Lumpur! Menara Berkembar Petronas yang ikonik merupakan menara berkembar yang tertinggi di dunia, setinggi 451.9 meter, manakala Menara Kuala Lumpur adalah setinggi 420 meter. Walaupun ketinggian Menara Kuala Lumpur lebih rendah daripada Menara Berkembar Petronas, tetapi keindahan dan kemegahannya masihlah begitu luar biasa!

Para pelancong yang bercadang untuk bercuti di Kuala Lumpur pada hari keluarga dengan seisi keluarga, inilah peluangnya untuk menyaksikan kemegahan kedua-dua menara ini secara berdekatan. Selain daripada kedua-dua menara ini, Kuala Lumpur juga terdapat tarikan pelancongan lain yang memang sesuai untuk seisi keluarga untuk dikunjungi. Lokasi seperti Batu Caves, Dataran Kemerdekaan, Masjid Negara Malaysia, Jalan Petaling di Chinatown dan Little India merupakan antara lokasi yang terkenal dengan budaya dan tradisi Malaysia.Bagi pelancong yang berpeluang untuk menuju ke Putrajaya, Dataran Pahlawan Nasional, Istana Keadilan, Taman Persahabatan China-Malaysia, Jambatan Seri Wawasan dan Masjid Putra adalah antara beberapa lokasi yang harus dilawati oleh para pelancong! Pemuda-pemuda ataupun ahli keluarga yang berminat dalam membeli-belah, Kuala Lumpur mempunyanyi banyak pusat membeli-belah yang boleh dikunjungi! Tambahan pula, kebanyakan barangan yang dijual di pusat membeli-belah Kuala Lumpur adalah barangan berjenama tinggi! Ambil kesempatan inilah untuk belikan barangan-barangan yang anda inginkan!

Para pelancong yang merupakan pencinta alam pula bolehlah menuju ke lokasi seperti Taman Ekuestrian, Wetlands Park, Taman Warisan Pertanian, Taman Rekreasi Bukit Jalil dan Taman Patung ASEAN. Di Kuala Lumpur, juga terdapat pelbagai makanan lokal yang sedap belaka! Char Koay Teow, Bak Kut Teh, nasi lemak, rojak dan sate merupakan antara beberapa makanan lokal yang sedap yang boleh didapati di kedai-kedai makanan, restoran dan kafe Kuala Lumpur! Kemudahan pengangkutan awam Kuala Lumpur juga amat efisien! Bagi para pelancong yang memerlukan kemudahan bas dan kereta api, menujulah ke Terminal Bersepadu Selatan yang merupakan terminal bas dan kereta api utama di Kuala Lumpur. Manakala bagi para pelancong yang memerlukan kemudahan penerbangan, menujulah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sebagai bandar yang terbesar di Malaysia serta salah satu destinasi pelancongan di negara Malaysia, sudah tentu Kuala Lumpur mempunyanyi pelbagai penginapan yang boleh ditempahi oleh para pelancong. Bagi memudahkan anda, Sweethut Holiday telah memilihkan beberapa penginapan di Kuala Lumpur yang bukan sahaja cantik, terbaik dan harganya murah, tetapi juga amat sesuai untuk seisi keluarga anda! Untuk menempahkan penginapan anda, kunjungilah laman web kami di https://sweethut.holiday/ sekarang!

 

Dengan berada di tengah bandar Kuala Lumpur, Zara Homestay merupakan sebuah penginapan yang memang memudahkan para pelancong untuk menuju ke lokasi-lokasi yang menarik di Kuala Lumpur! Tesco Extra Ampang, Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, Taman Tasik Titiwangsa, Istana Nasional dan juga Dataran Merdeka merupakan antara beberapa tarikan pelancongan yang boleh dikunjungi oleh para pelancong dengan mudah! Pelbagai kedai makanan, restoran, kafe, kedai serbaneka dan pasar malam juga berada di jarak yang dekat dengan penginapan ini, jadi isu pemakanan bukanlah masalah untuk para pelancong. Lapangan Terbang Sempang serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur boleh dituju dan disampai oleh para pelancong dengan mudah kerana jaraknya yang dekat sangat dengan Zara Homestay. Dengan harga yang serendah bawah RM200, para pelancong dapat menginap di penginapan ini yang ruangnya luas, cantik, dan siap dilengkapi dengan kemudahan seperti televisyen, penyaman udara, parkir persendirian, sofa dan kolam renang. Untuk mendapatkan penginapan lain di Kuala Lumpur sebegini, kunjungilah laman web Sweethut Holiday https://sweethut.holiday/!

Lokasi: Fawina Court, M1-6-12 Taman Putra Sulaiman, Ampang 68000 Kuala Lumpur, Selangor, Malaysia.

Dengan harga bawah RM200, Studio Regalia Residence memastikan para penginapnya dapat tinggal di Kuala Lumpur dengan selesa dan tenang! Para pelancong yang mengadakan percutian hari keluarga di Kuala Lumpur, tempahlah penginapan Studio Regalia Residence. Siap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh para pelancong seperti WiFi, televisyen, peti sejuk, mesin pembasuh baju, kabinet, penyaman udara, ruang sukan dan kolam renang yang kanak-kanak paling sukai, penginapan ini memang berbaloi untuk seisi keluarga anda! Berdekatan dengan pelbagai kedai makanan, kafe, restoran dan kedai serbaneka, para pelancong bolehlah mengambil kesempatan ini untuk mencuba makanan lokal Kuala Lumpur yang sedap belaka! Studio Regalia Residence juga amat dekat dengan lokasi-lokasi menarik seperti Menara Kuala Lumpur, Sunway Velocity Mall, Sunway Putra Mall, Istana Nasional, Publika Shopping Gallery dan banyak lagi! Stesen bas, stesen kereta api serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah merupakan antara kemudahan pengangkutan awam yang berada di jarak yang dekat dengan penginapan ini. Tempahlah penginapan anda di Kuala Lumpur yang cantik, selesa, murah dan sesuai untuk seisi keluarga di Sweethut Holiday https://sweethut.holiday/ sekarang !

Lokasi: Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Arte Plus Modern Living Studio yang harganya murah serendah bawah RM200, merupakan salah satu penginapan yang sesuai untuk para pelancong yang bercuti di Kuala Lumpur dengan seisi keluarga kecil. Jenis penginapan Arte Plus Modern Living Studio ialah jenis kondominium, jadi para penginap bolehlah menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur yang cantik sekali, terutamanya pada malam. Rekaan penginapan ini sungguh modern dan cantik. Walaupun harganya murah, pihak penginapan ingin memastikan para pelancong tinggal di situ dengan selesa dan berpuas hati! Jadi, penginapan ini telah siap dilengkapi dengan WiFi, pemanas air, televisyen, kabinet, sofa, kolam renang, ruang sukan dan penyaman udara! Tambahan pula, lokasi Arte Plus Modern Living Studio juga cukup strategik. Penginapan ini berdekatan dengan Sunway Velocity, Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Pavillion Kuala Lumpur, Muzium Royal dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur! Para pelancong yang ingin menempah penginapan ini yang cantik, selesa, luas dan murah, kunjungilah https://sweethut.holiday/ sekarang!

Lokasi:  Lorong Ampang 1 Kampung Berembang, 55000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia