Home
8A Penang Homestay, Penang, Malaysia
- Details
- Written by Super User
- Category: Penang Homestay (BM)
- Hits: 4304
Dengan harga yang berbaloi dan murah, para pelancong dapat menginap di 8A Penang Homestay ini yang luas, cantik dan siap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Kemudahan-kemudahan yang para pelancong memerlukan seperti katil, sofa, WiFi, penyaman udara, televisyen, peti sejuk, sterika dan banyak lagi, semuanya dah siap disediakan untuk para penginap. 8A Penang Homestay yang luas ini terdiri daripada tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu, dapur dan ruang makan yang besar dan cantik. Yang paling mengujakan, 8A Penang Homestay ini berdekatan dengan banyak lokasi menarik Penang seperti Queensbay Mall, University Sains Malaysia, Pesta Pulau Pinang, Jambatan Penang, PISA Kafe dan lain-lain. Lokasi ini memang memudahkan para pelancong untuk mengunjungi sekeliling Penang.
Tambahan pula, dalam jarak yang dekat dengan 8A Penang Homestay ini juga mempunyai stesen bas, stesen kereta api dan lapangan terbang yang boleh ditujui oleh para pelancong yang memerlukan kemudahan pengangkutan awam. Lapangan terbang yang paling hampir dengan 8A Penang Homestay ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Penang. Para pelancong jika ingin makan makanan tempatan Penang yang sedap belaka, belikanlah dari kedai kopi, gerai makanan, kafe, restaurant ataupun kedai makanan yang terdapat di sekeliling kawasan ini.
Tempahkan homes https://sweethut.holiday
Lokasi: Sweethut.Holiday Gelugor Penang Homestay Taman Jerjak Indah, 11700 Gelugor, Penang, Malaysia.
Cuti-cuti Seisi Keluarga di 6 Homestay Penang (dekat Tanjung Bungah, Tanjung Tokong dan Straits Quay) yang Murah, Terbaik, Selesa dan Cantik untuk Family Day
- Details
- Written by Super User
- Category: Penang Homestay (BM)
- Hits: 3823
Penang, salah satu tapak warisan UNESCO di Malaysia, bukan sahaja dipenuhi dengan pelbagai tapak serta bangunan kebudayaan, tetapi ia juga merupakan sebuah destinasi pelancongan yang penuh dengan pelbagai makanan lokal yang boleh didapati dari seluruh Malaysia! Para pelancong yang bercadang untuk bercuti di Penang seisi keluarga, pasti akan dapat mencipta banyak kenangan manis! Penang merupakan destinasi pelancongan yang paling sesuai bagi para pelancong yang berminat dalam kebudayaan dan tradisi Malaysia. Tarikan-tarikan pelancongan seperti Kuil Kek Lok Si, Muzium Pulau Pinang, Dewan Bandaraya Pulau Pinang, Fort Cornwallis, Masjid Kapitan Keling, dan Little India merupakan lokasi yang penuh dengan unsur kebudayaan rakyat Malaysia. Para pelancong yang mengunjungi ke sana boleh mengambil gambar sesama ahli keluarga untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang. Penang bukan hanya ada tapak kebudayaan saja, sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia, Penang juga mempunyanyi tarikan pelancongan alam semula jadi bagi sesiapa yang merupakan peminat alam semula jadi! Pantai Batu Ferringhi, Penang Botanic Garden, Penang Hill, Taman Negara Pulau Pinang dan lain-lain lagi, semuanya sesuai untuk para pelancong semua usia. Pusat membeli-belah di Penang juga boleh didapati oleh para pelancong di hampir mana-mana je! Queensbay Mall, Gurney Paragon Mall, 1st Avenue, Komtar Mall, Sunway Carnival Mall, Billion Mall, Prangin Mall dan banyak lagi, semuanya boleh ditujui oleh para pelancong! Pusat membeli-belah di Penang menjualkan pelbagai barangan dari barang penggunaan seharian ke barangan berjenama. Jadi, para pelancong yang ingin membelikan hadiah ataupun cenderahati untuk dibawakan balik, ambillah kesempatan ini! Sebagai salah satu negeri di Malaysia yang penuh dengan kebudayaan pelbagai budaya rakyat, Penang merupakan negeri yang terkenal dengan makanan tempatan yang sedap belaka! Makanan tempatan seperti Penang laksa, cendol, nasi kandar, nasi lemak, char kuey teow, popiah, dan satay boleh dibeli oleh para pelancong dari mana-mana saja. Di seluruh Penang terdapat banyak restoran lokal, kedai makanan, gerai makanan, kedai kopi dan kafe yang menjual makanan tempatan yang sedap, enak dan murah! Jadi para pelancong usahlah risau akan masalah pemakanan langsung. Infrastruktur Kemudahan pengangkutan awam Penang juga amat maju, jadi bagi para pelancong yang memerlukan kemudahan pengangkutan awam, bolehlah menuju ke stesen kereta api, stesen bas, jeti ferry ataupun lapangan terbang di Penang. Lapangan terbang yang terdapat di Penang ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, dan terminal bas Penang ialah Penang Sentral. Para pelancong yang bercuti di Penang dengan seisi keluarga boleh memilih pelbagai jenis penginapan yang terdapat di Penang, seperti hotel, resort, homestay, rumah percutian dan hostel. Bagi memudahkan para pelancong, Sweethut.Holiday telah memilihkan beberapa homestay yang terbaik, selesa, murah dan cantik yang berada di lokasi strategik untuk anda! Tempahlah penginapan di Penang yang paling sesuai untuk seisi keluarga anda di https://sweethut.holiday sekarang!
Seaview Holiday, Tanjung Tokong, Penang, Malaysia
- Details
- Written by Super User
- Category: Penang Homestay (BM)
- Hits: 1848
Jika anda bercadang untuk bercuti di Penang bersama seisi keluarga anda yang besar, tinggallah di Seaview Holiday! Dengan mempunyai ruang yang luas dan selesa, homestay ini yang mempunyai tiga bilik tidur, ruang tamu, dapur, ruang pemakanan dan bilik air mampu merangkumi sebanyak lapan orang penginap. Selain itu, dengan harga yang murah, para pelancong boleh menginap di homestay ini yang cantik dan siap dilengkapi dengan kemudahan yang diperlukan oleh para pelancong seperti WiFi, pemanas air, penyaman udara, televisyen, kemudahan dapur, peti sejuk, mesin pembasuh baju, kabinet, dan lain-lain lagi. Tambahan pula, para penginap boleh menggunakan kemudahan kolam renang, ruang sukan dan parkir persendirian sepanjang penginapan mereka di Seaview Holiday. Lokasi homestay ini berada di lokasi yang berdekatan dengan banyak tarikan pelancongan seperti Island Plaza, Gurney Paragon Mall, Straits Quay Marina Mall, Penang Botanic Garden, pantai Batu Ferringhi, Sky Walk, bandar Georgetown dan lain-lain. Para pelancong juga berpeluang untuk menuju ke restoran, kedai kopi, kafe dan kedai makanan yang menjual makanan tempatan Penang di sekeliling kawasan ini. Stesen bas, jeti ferri, stesen kereta api dan Lapangan Terbang Antarabangsa Penang boleh didapati dalam jarak yang dekat sekali. Menempah homestay ini yang dekat dengan Straits Quay dengan kadar harga yang rendah di https://sweethut.holiday sekarang juga!
Harga dari: RM372 / malam
Menampung: 8 orang
Bilik: 3 bilik 3 bilik air
Lokasi: SweetHut.Holiday Tanjung Toking Homestay Jalan Tanjung Tokong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Tokong, Penang, Malaysia.
Foo Homestay, Tanjung Bungah, Penang, Malaysia
- Details
- Written by Super User
- Category: Penang Homestay (BM)
- Hits: 859
Para pelancong yang sedang mencari homestay yang berada di kawasan yang tenang dan dikelilingi oleh pokok dan bunga, jadikanlah Foo Homestay pilihan anda! Dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau serta mempunyai pemandangan taman yang tenang, para pelancong dapat menginap di sini dengan aman dan damai dengan seisi keluarga selepas sehari mengunjungi sekeliling Penang. Foo Homestay mempunyai ruang yang luas yang terdiri daripada tiga buah bilik tidur, ruang tamu, dapur dan dua bilik air. Homestay luas dan selesa ini mampu merangkumi sebanyak tujuh orang penginap! Tambahan pula, Foo Homestay juga siap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti WiFi, televisyen, pemanas air, penyaman udara, kabinet, peti sejuk, parkir persendirian, mesin pencuci baju, kemudahan pemakanan dan lain-lain lagi. Para pelancong yang berminat dalam mengunjungi sekeliling Penang, boleh menuju ke tarikan pelancongan berdekatan seperti Straits Quay Marina Mall, Gurney Plaza, Gurney Paragon Mall, bandar Georgetown, Penang Botanic Gardens dan pantai Batu Ferringhi. Makanan lokal yang sedap dan murah juga boleh didapati oleh para pelancong dari restoran, kafe, gerai makanan, pasar malam dan kedai kopi di sekeliling homestay ini! Bagi sesiapa yang memerlukan kemudahan pengangkutan awam, stesen bas, stesen kereta api, Lapangan Terbang Antarabangsa Penang dan jeti ferri boleh didapati dengan perjalanan beberapa minit dari Foo Homestay. Tempahlah homestay ini sekarang di https://sweethut.holiday!
Harga dari: RM307 / malam
Menampung: 7 orang
Bilik: 5 bilik 2 bilik air
Lokasi: SweetHut.Holiday Tanjung Bungah Penang Homestay Penang Pepper Estate, 11200 Tanjung Bungah Penang, Malaysia.
Page 7 of 245